Tuesday, March 1, 2011

berkulapok

assalamualaikum
dah lama aku tidak menjenguk blog
biasalah, ibu kepada 5 orang anak ini sentiase sibuk menyiapkan kerja-kerja rumah
bukan sengaja meninggalkan tetapi betul-betul sibuk 

ah ! merepek panjang pun tidak guna
aku nak ber-blogwalking ni
melihat prestasi anak-anak blogger yang lain
selamat maju jaya
sampai bertemu kembali


 salam






Thursday, February 10, 2011

coretan seorang insan bergelar ibu: ikut kontes pertama

coretan seorang insan bergelar ibu: ikut kontes pertama: "saya telah di tagged oleh miss qeqen a.k.a my daughter untuk turut serta dalam kontes gambar hitam putihkat atas tu, gambar hitam puti..."

Saturday, January 29, 2011

ikut kontes pertama


saya telah di tagged oleh miss qeqen a.k.a my daughter untuk turut serta dalam kontes gambar hitam putih
kat atas tu, gambar hitam putih yang paling Cool saya ada
anak anak tersayang
penyeri hidupku
 
-
-
-
kalau saya menang RM100, saya nak belanja anak-anak dan suami tersayang 
tengok wayangg
-
-
-

1.okay macam biasa korang kena jadi follower blog ni
2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni
3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je tau!*
contoh : kalau saya menang , saya nak shawl banyak-banyak !
4.tag 5 kawan-kawan yang korang rasa mesti dia nak join !
5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011
 
anggerik impian
lyana
alessandro
neena jamal
zadiez

selesai mentagged....good luck kepada semua....

Tuesday, January 11, 2011



asslamualaikum......rase ye dah lame saya tak menuliskan....okaylah saya nk sambung cerita pasal hobi saya ni....selepas aje saya blaja buat bag segala bag tu ...Pada tahun 2007 saya blaja jahit  manik dibaju sendiri pulak.......ikut kursus jahit manik di Epal dan Kolej Komuniti..Bermula lah lembaran sejarah baru dalam hidupku. Banyak kenangan pahit manis semasa blaja maklum sajelah pertame kali mengenali manik....hehehe .bayangkan lah selame setahun baru saya dapat siapkan jahitan nye.......nasib baik la jahit baju sendiri..takde org nk marah.... huhu .Alhamdulillah sekarang ni dah boleh jahit manik dengan mudah dan dah boleh ambil tempahan pulak tu....dari suka2 sekarang boleh dapat rezeki ...ALHAMDULILLAH.

jom layan gamba berikut hasil jahitan manik tangan sendiri, hehehehe.......





p.s : ini sahaja buat hari ni dari saye......gambar lain akan dimasukkan kemudian ^_^

Monday, January 3, 2011

hobi

assalamualaikum
para blogger tegar di sini
saya meneruskan penulisan ini
mengenai hobi 
yang mengisi masa lapang saya
*hilang tension taw

ini koleksi gulungan benang saya
mewarnai kehidupan saya
-
-
-
-
-
okayy
ini adalah salah satu daripada hasil seni saya
di waktu lapang
hasil dilaksanakan dari tunjuk ajar daripada tenaga pengajar di Epal


ini lagi koleksi saya
tas tangan yang boleh memuatkan kunci dan telefon bimbit

bosan-bosan
saya menghasilkan beg ini
yang boleh memuatkan senaskah Al-Quran
ini beg mengaji anak saya

lagi tentang jahitan mase lapang saya
jahitan sulam tangan klasik
semasa proses pembelajaran jahitan ini
saya teragak-agak utk menjahit nya
pastu
baru lah pandai !! ; P
sekarang kacang jeh
kalau dulu, susah sesangat !!

ini dihasilkan menggunakan fiber, kain, zip, manik dan labuci
beg duit kecil ini diguna oleh anak perempuan saya
utk mengisi duit syiling

and last but not least

jahitan beg ini dibuat menggunakan design sendiri
hehehehe
saya buat utk anak sulung saya sempena Hari Lahir nya
yang ke - 18

isikan lah masa lapang anda
dengan perkara-perkara yang berfaedah
-
-
-
sekian terima kasih
berjumpa kita di lain waktu
assalamualaikum

Saturday, January 1, 2011

1-1-11



hari pertama menggunakan blogspot...hasil penat lelah my daugther yg sulung mendaftarkan laman ini buat saya...terima kasih along kerana tolong ibu, kalau ibu yang buat, entah dapat ke tidak menulis hari ni...hehehe....


Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dgn izinnya, saya telah dapat menulis pada hari ni. Sabtu bersamaan 1-1-11 merupakan hari pertama saya di sini dan site ini officially menjadi peneman suka duka saya...dikatakan lbih daripada 1,000,000  orang menggunakan laman kekabu ini untuk merealisasikan pelbagai tutorial//perniagaan//perasaan//petua//resepi//fashion//jahitan...nantikan isian daripada saya....hehe.....

1-1-11 // mudah utk diingati...maka dengan ini dengan rasmi nya saya Rahayu Ismail menjadi sebahagian daripada warga-warga penulis blogspot.... diharapkan laman kekabu saya ini diberi sokongan daripada semua pihak. sekian terima kasih :)

3-1-11 // merupakan hari kelahiran anak keempat saya.... Nur Syakirah binti Md Rasep.... yang akan berganjak ke darjah 2.... nak belikan ape untuk dia? huhuhu. any suggestion??